suria

Anak pemain Liga FAM maut jatuh tingkat 5

KUALA LUMPUR: Anak perempuan pemain bola sepak liga FAM maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima kediaman mereka di Jalan Datuk Keramat Hujung di Wangsa Maju di sini, awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.00 pagi, mangsa yang berusia enam tahun ditemui dalam keadaan terbaring di kawasan tempat letak kenderaan di apartmen itu oleh ibu dan bapanya yang pulang dari hospital berdekatan.

Menurut sumber, ketika kejadian ibu bapa mangsa membawa anak lelaki bongsu mereka berusia dua tahun untuk rawatan asma di hospital kira-kira pukul 2.00 pagi.

"Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Muhammad Najib Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala," katanya. - BERNAMA

jatuh, maut, Liga FAM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jamal akhirnya ditahan

Artikel Lain