suria

Jho Low sudah tinggalkan Macau

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan ahli perniagaan yang dikehendaki Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low sudah meninggalkan Macau.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata Bukit Aman menerima e-mel dari pihak berkuasa Macau pada 9 Julai memaklumkan bahawa Jho Low telah meninggalkan negara itu.

"Dalam e-mel itu disebut Jho Low sudah meninggalkan Macau dan destinasinya selepas itu tidak diketahui.

"Sukar untuk mengesannya kerana dia dipercayai menggunakan banyak pasport," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 di Bukit Aman, dekat sini, Rabu.

Beliau berkata perkembangan terbaharu itu akan menyukarkan siasatan polis terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jho Low, Macau, 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain