suria

Biar presiden Umno jelaskan

JOHOR BAHRU: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merakamkan penghargaan dan terima kasih terhadap pucuk pimpinan parti atas kepercayaan melantik beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis.

Mohamed Khaled menerusi kenyataan di sini pada Ahad berkata beliau sedar pelantikan itu mengundang banyak persoalan di kalangan pimpinan Umno Perlis dan menyerahkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menjelaskan rasional pelantikan itu kepada pimpinan Umno negeri berkenaan.

“Harapan saya ialah pencerahan dari Presiden ini akan segera dapat dilakukan agar tidak tertangguh lagi usaha pembaharuan Umno pasca Pilihan Raya Umum ke 14,” katanya.

Mohamed Khaled dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada Datuk Ir Hasni Mohamad atas pelantikan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor yang baharu.

Beliau turut merakam setinggi penghargaan kepada Badan Perhubungan Umno Johor serta seluruh anggota dan penggerak Umno Johor atas segala komitmen, sumbangan dan kerja keras yang ditunjukkan sepanjang beliau menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor.

“Saya berharap dengan pengumumam pelantikan jawatan utama parti seperti yang telah diumumkan Presiden, kita semua dapat mula bekerja dengan segera untuk membangunkan semua wibawa Umno.

“Insya-Allah melalui dukungan semua pihak, kita akan dapat mencari ikhtiar terbaik untuk menjadikan Umno sebagai sebuah gerakan politik orang Melayu yang kuat, dihormati dan berupaya untuk memberikan sebanyak mungkin kebaikan kepada semua,” katanya. - BERNAMA

Mohamed Khaled Nordin, Umno

Artikel Sebelum

Tun M ucap tahniah!

Artikel Berikut

Peserta triatlon lemas

Artikel Lain