suria

Tun M ucap tahniah!

Foto Facebook FAM.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada skuad Malaysia yang muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 19 Tahun (B-19) di Stadium Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia malam Sabtu.

Dr Mahathir sekali gus mahu mereka meningkatkan lagi usaha untuk melakar lagi kejayaan pada masa hadapan.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Harimau Muda yang memenangi pertandingan #AFFU19CHAMPIONSHIP2018semalam.

"Tingkatkan lagi usaha, kejayaan yang lebih tinggi pasti tercapai. Malaysia Boleh!,” katanya melalui hantaran dalam laman Twitter.

Skuad muda negara bimbingan Bojan Hodak mengharumkan nama negara dengan menewaskan Myanmar 4-3.

Untuk rekod, Malaysia sekadar muncul naib juara pada 2003, 2005, 2006, 2007 dan 2017. - BERNAMA

Harimau Muda, Piala AFF

Artikel Berikut

Artikel Lain