suria

Bomoh 'buang sial' didakwa rogol pesakit

Gambar hiasan.

KOTA BHARU: Seorang bomoh tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, pada Isnin atas tiga tuduhan merogol pesakit yang dikatakan menjalani rawatan 'membuang sial' bulan lalu.

Tuduhan terhadap tertuduh, Leong Lai Keong, 52, dibuat di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Tertuduh didakwa pada tuduhan pertama merogol mangsa berusia 41 tahun di sebuah hotel di Sri Cemerlang pada pukul 4.30 pagi, 22 Jun 2018.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh mengulangi kesalahan sama di sebuah tokong di Kota Bharu pada 23 Jun dan 29 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias.

Kes ditetapkan 16 Ogos 2018 untuk mendapatkan laporan perubatan mangsa. - Sinar Harian

bomoh, rogol

Artikel Lain