KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bakal menjadi ketua pembangkang di Dewan Rakyat. Perkara itu disahkan oleh setiausaha agung parti tersebut, Tan Sri Annyar Musa pada Isnin. "Ya, dia (Ahmad Zahid) akan menjadi ketua pembangkang." kata Annuar. ARTIKEL BERKAITAN: Dewan rakyat bersidang hari ini Barisan Nasional memenangi 79 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, sementara PAS pula memenangi 18 kerusi. Menurut sumber, kedua-dua ahli Parlimen Marang dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan tidak berminat untuk mengambil jawatan sebagai ketua pembangkang. Bagaimanapun, beberapa komponen Barisan di Sabah dan Sarawak akan meninggalkan pakatan tersebut, sekali gus menjadikan BN hanya memiliki 57 ahli Parlimen yang 54 daripadanya adalah Umno, dua MIC dan satu MCA. Walaupun Umno kini semakin goyah apabila tiga daripada ahli Parlimennya termasuk bekas Ketua Puteri Datuk Ermieyati Samsudin meninggalkan parti untuk menjadi wakil bebas, Umno masih kekal sebagai parti yang memiliki kerusi terbanyak dalam blok pembangkang.