PETALING JAYA: Tiada laporan polis dibuat berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin bahawa Seri Perdana dipecah masuk. Menerusi pesanan teks pada Rabu, Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, tiada laporan yang dibuat mengenainya setakat ini. Anina menerusi status di Facebook mendakwa bilik stor di Seri Perdana telah dipecah masuk. Anina turut memuat naik gambar yang dakwanya adalah bilik stor tersebut. Tambahnya, sebahagian barangan milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dicuri.