suria

Tun M tak sedar Jho Low ditahan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik berita ahli perniagaan yang dikehendaki Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low didakwa sudah ditahan di China.

Namun, beliau tidak menyedari mengenai berita terbaharu itu.

"Saya harap dia ditangkap," katanya.

Ditanya sama ada Malaysia dan China mempunyai perjanjian ekstradisi, Dr Mahathir berkata:"Tidak, tetapi mereka boleh sentiasa menghantarnya pulang kepada kita."

Pada Rabu, blog Sarawak Report memetik laporan sebuah stesen radio Hong Kong yang tidak dinamakan melaporkan Low ditahan di China.

Berita selanjutnya menyusul.

Tun M, Jho Low

Artikel Sebelum

Janji PRU14 PH akan dilaksana

Artikel Berikut

Artikel Lain