KUALA LUMPUR: Sambutan ulang tahun kelahiran Datuk Seri Najib Tun Razak diraikan lebih awal bersama waris mangsa pesawat malang, MH17. Tarikh hari lahir bekas perdana menteri itu sepatutnya 23 Julai, bagaimanapun ia disambut pada Ahad di kediamannya di Langgak Duta, Sabtu. Majlis bermula dengan solat hajat yang ditunaikan selapas solat maghrib, selain tahlil dan bacaan surah Yasin. Ibu Najib, Tun Rahah Mohd Noah dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyerikan majlis. Bekas Presiden Umno itu juga terharu kerana perbelanjaan majlis itu hasil sumbangan tetamu yang masih percaya dan menyokong beliau. Mengenai tragedi MH17, beliau berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat meneruskan tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab. Dalam kejadian 17 Julai empat tahun lalu, semua 298 penumpang dan kru terkorban akibat ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.