suria

Sempena hari lahir Najib Razak, Kiky kembali aktif di IG

PETALING JAYA: Kiky, kucing peliharaan Datuk Seri Najib Tun Razak kembali aktif di laman sosial sempena sambutan ulang tahun bekas perdana menteri itu, Isnin.

"Tunggu papa turun breakfast (sarapan) nak peluk manja papa, hari ni hari jadi papa @najib_razak!" tulis pengendali akaun itu menerusi posting yang dimuat naik sekitar pukul 8 pagi.

Setakat ini posting itu sudah menerima hampir 2,000 tanda suka dan menerima lebih 180 komen.

Kucing baka parsi itu kali terakhir muncul di laman sosial pada 8 Mei lalu sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menerusi posting "Kiky Pilih Biru" yang memaparkan haiwan comel itu berehat di atas logo Barisan Nasional (BN), ia turut disertakan kapsyen "Warna biru ni elegan, buat Kiky nampak lagi comel dan gebu. Sebab itu #KikyPilihBiru #KikyPilihPapa."

Sewaktu PRU-14, parti pimpinan Najib kalah di tangan Pakatan Harapan (PH) sekaligus menamatkan pemerintahan BN selaman 60 tahun.

Sejak itu, nama Instagram (IG) Kiky yang dikenali sebagai @kikysriperdana diubah menjadi @kikitamanduta bersempena kediaman mereka di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Kiky memiliki lebih 16,000 pengikut dengan 31 posting gambar sejak September 2017.

Kiky, Najib Razak, Kucing

Artikel Lain