suria

Umno turunkan had umur dari 18 kepada 16 tahun

KUALA LUMPUR: Umno memutuskan turunkan had umur ahli kepada 16 tahun berbanding 18 tahun sebelum ini.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia selaras untuk memenuhi hasrat akar umbi Umno dan bagi memastikan beberapa perubahan dapat dilakukan pada struktur organisasi parti itu.

Menurutnya, Umno juga perlu bersiap sedia memperkukuhkan parti dalam menghadapi cabaran lebih besar pada masa akan datang.

"Kami juga merasakan bahawa umur belia yang diktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa ialah 15 tahun.

"15 tahun itu dikira umur belia dan kita ambil setahun lebih lewat berbanding definisi sebenar umur belia," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Jumaat.

Sementara itu, Ahmad Zahid juga menyatakan Umno akan melakukan pemutihan terhadap ahli parti.

"Kita akan keluarkan ahli parti yang telah meninggal dunia ataupun yang telah tinggalkan Umno.

"Ini penting untuk melihat jumlah sebenar ahli parti dan kita mahu jumlah yang akumulatif dan bukan jumlah yang kuantitatif," katanya. - Sinar Harian

Umno, umur, keahlian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain