suria

Terjebak tarian ‘Keke Challenge’, Aliff Syukri kena bebel

PETALING JAYA: Demam tarian ‘Keke Challenge’ masih belum reda, malahan terus menjadi ikutan pengguna media sosial di negara ini.

Terkini, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzzaman yang terjebak melakukan tarian itu telah dimarahi isterinya.

Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid meminta agar suaminya berhenti daripada meneruskan tarian itu kerana ia budaya barat.

"Ustaz kan dah kata, 'keke' tu budaya barat. Benda tak elok cepat sangat nak ikut.

"Dah nak masuk Maghrib ni. Tak payah ikut trend sangat," kata Nur Shahida kepada Aliff Syukri dalam video berdurasi 46 saat itu.

Usahawan berusia 31 tahun itu akhirnya akur dengan permintaan isterinya selepas cubaan untuk meminta wanita itu tidak masuk campur tidak berhasil.

Aliff Syukri melakukan tarian 'Keke Challenge' untuk mengubati hatinya.

"Okaylah! Banyak sangat bebel, macam makcik-makcik. Pening kepala," kata Aliff sambil berjalan keluar dari keretanya.

Video tersebut dimuat naik oleh bapa kepada enam cahaya mata itu ke akaun Instagram miliknya pada Sabtu malam.

Kata Aliff Syukri, tujuan beliau melakukan ‘Keke Challenge’ untuk menggembirakan hatinya yang sedih mungkin kerana insiden melibatkan keretanya pada petang Khamis.

Pada Khamis, sebuah kereta Ferrari model 458 Italia yang dianggarkan berharga RM1.8 juta milik beliau rentung di di Kilometer 39.5 Lebuhraya Shah Alam (Kesas) arah dari USJ ke Plaza Tol Sunway.

Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Jalan pada Sabtu turut menasihatkan agar pengguna jalan raya tidak terjebak dengan trend menari ketika kereta bergerak tersebut.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya boleh mengeluarkan saman ke atas mereka yang melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang jalan raya.

Keke Challenge

Artikel Sebelum

Mayat reput dekat paya

Artikel Lain