PETALING JAYA: Dakwaan gangguan seksual ke atas doktor pelatih oleh seorang ketua jabatan di sebuah hospital akan disiasat, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad. Dalam Twitternya pada petang Ahad, beliau berkata kementeriannya akan menyiasat kes tersebut. "Kementerian Kesihatan akan meneliti perkara ini. Saya ingin memberi jaminan kepada anda semua, terutama mangsa," katanya. Pada Ahad, The Star melaporkan kes yang melibatkan gangguan seksual dan buli oleh ketua jabatan ortopedik di sebuah hospital di Lembah Klang.