PUCHONG: Seorang penumpang lelaki maut selepas terjatuh di landasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dekat sini kira-kira pukul 8 pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan mengesahkan kejadian itu.
Menurut Twitter @MyRapidKL, kejadian itu menyebabkan tren bergerak perlahan dari IOI ke Pusat Bandar Puchong pada kedua-dua arah.
Namun, tren kembali beroperasi normal sebaik sahaja landasan selamat digunakan.