suria

Mahu 'nilai terbaik' dari kapal mewah Equanimity - Guan Eng

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan berhasrat untuk mendapatkan nilai terbaik daripada kapal layar mewah Equanimity sebaik ia tiba di Malaysia, kata Lim Guan Eng.

Bercakap pada sidang media di Parlimen pada Isnin, Menteri Kewangan berkata, pelan segera itu bagi memastikan semua kertas kerja adalah teratur dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan.

"Matlamat kita adalah untuk mendapatkan sebanyak wang yang mungkin daripada aset tersebut.

"Sama ada kita dapat menyimpan kapal layar itu, biarlah Peguam Negara menjelaskannya. Kita tunggu bila kapal itu sampai ke sini," kata Guan Eng.


Equanimity

Artikel Lain