suria

Polis nafi pemandu bas RapidKL meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan pemandu bas yang melanggar tujuh kenderaan di Jalan Ampang, malam tadi meninggal dunia selepas dibelasah orang ramai dalam kejadian tersebut.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.

Menurutnya, pemandu bas itu masih dirawat di hospital akibat kecederaan di kepala dan dijangka dibenarkan pulang pada pukul 3 petang ini.

“Pemandu itu mengalami kecederaan di kepala dipercayai dipukul ketika ditangkap oleh orang awam. Polis akan menjalankan siasatan lain sekiranya pemandu bas terbabit membuat laporan polis bahawa dia dipukul,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan tiada penumpang berada dalam bas Rapid KL berkenaan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu.

Pada Jumaat, viral di media sosial oleh seorang pengguna Facebook yang menulis “Berita yang diterima. Subjek (driver bas) (pemandu bas) telah meninggal dunia. Berita sebentar tadi diterima dari group (kumpulan). Al Fatihah.”

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam tadi, pengguna jalan raya di sekitar kawasan Ampang dikejutkan dengan insiden sebuah bas yang dipandu laju hingga merempuh beberapa buah kenderaan lain.

Insiden itu mula menjadi kecoh dan tular di media sosial apabila rakaman orang awam yang menjerit sambil menunggang motosikal cuba mengejar bas tersebut.

Dalam video tersebut, bas yang dipandu secara semberono itu juga akhirnya terhenti setelah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas apabila masuk ke susur MRR2.-SinarHarian

 
RapidKL, Zulkefly

Artikel Sebelum

Semua saman AES dibatalkan

Artikel Lain