suria

Rumah dikata berhantu, warga emas dipukau, rugi RM10,000

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Seorang warga emas dipercayai telah dipukau, memberikan sejumlah wang dan barangan berharga kepada individu tidak dikenali sekelip mata.

Insiden yang berlaku pada Julai lalu, akhirnya membawa kepada penahanan seorang warga China oleh orang ramai di sebuah pasar pagi di Puchong Indah pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisoner Mohammad Azlin Sadari berkata, polis dimaklumkan mengenai penahanan seorang warga China berusia 47 tahun, dan bergegas ke tempat kejadian pada kira-kira pukul 7.45 pagi.

Mangsa dikatakan mengecam suspek di pasar itu dan memaklumkan mengenai perkara tersebut sehingga membawa kepada penahanannya.

"Suspek diserahkan sebaik polis tiba," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohammad Azlin berkata, terdahulu mangsa berusia 62 tahun itu mendakwa didekati tiga wanita di pasar dan memberitahu rumahnya berhantu.

"Dia diberitahu supaya menyerahkan wang dan barangan berharga," katanya.

Mangsa percaya dirinya dalam keadaan bingung semasa melakukan seragan tersebut.

Kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000 termasuk rantai dan cincin emas.

Laporan polis mengenai penipuan itu turut dibuat mangsa pada Julai lalu.

pukau

Artikel Lain