suria

Rakyat Melaka gembira tiada lagi caj beg plastik

Gambar hiasan. - Bernama

MELAKA TENGAH: Rata-rata masyarakat di Melaka menyambut baik langkah kerajaan negeri yang tidak mengenakan caj tambahan plastik RM0.20 sen sejak dilaksanakan ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Pelajar, Siti Nor Aisyah Azmi, 22, berkata, mungkin sesetengah pengguna anggap caj itu terlalu rendah, namun bayangkan jika terpaksa ­guna lebih tiga plastik sehari ketika beli barang, sudah pasti membebankan.

Menurutnya, usaha itu membantu menjimatkan walaupun di awal pelaksanaan kempen beg plastik pernah dikenakan caj 20 sen, namun itu hanya sementara sahaja sebelum caj itu dimansuhkan.

“Memang jimat, jika tidak terpaksa bayar caj tambahan kerana adakalanya kita sendiri terlupa nak bawa beg plastik atau beg untuk isi barang dari rumah.

“Harap biarlah kekal terus dan jangan lagi dikenakan caj tambahan dan kalau mahu dikenakan caj sewajarnya, pasar raya yang menanggungnya kerana kita beli barang dari tempat mereka,” katanya.

Bagi pekerja swasta, A Kaviarasan, 24, dia alami kesukaran ketika tidak mahu bayar caj tambahan 20 sen ketika beli barang sehing­gakan sukar untuk mem­bawanya lebih-lebih lagi menunggang motosikal.

Menurutnya, perkara yang baik dan beri kesenangan kepada rakyat sudah pasti disokong dan ini menunjukkan kerajaan merasai denyut nadi rakyat.

“Saya melihat kebanyakan pasar raya juga menyokong usaha kerajaan negeri yang mahu ke arah hijau dengan hanya meletakkan sesetengah barang sahaja dalam beg plastik tanpa mengenakan sebarang caj.

“Bagi yang tidak membawa beg sendiri, ada juga pasar raya yang sediakan kotak kosong bagi kemudahan pengguna mengisi barang tanpa bayaran,” katanya. - Sinar Harian

caj beg plastik

Artikel Lain