suria

Ketua polis daerah lakukan serangan seksual disiasat - Mohamad Fuzi

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil ke atas seorang ketua polis daerah di Sabah yang didakwa melakukan serangan seksual terhadap beberapa anggota polis lelaki, kata Ketua Polis Negara.

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, terdapat 'kebenaran' dalam tuduhan tersebut dan pihak polis memandang serius kes terbabit.

"Tindakan akan diambil dan ia akan dilakukan dengan segera.

"Kami juga menerima banyak aduan daripada anggota lain.

"Setakat ini, ada tiga laporan, dakwaan dan surat layang berhubung perkara ini.

"Kami melihat kes ini dengan serius," katanya selepas merasmikan kempen anti-aedes di Bukit Aman pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang laporan atas talian ke atas pegawai terbabit yang bertugas di Sabah kerana telah melakukan serangan seksual terhadap enam anggota polis termasuk seorang anggota Rela. - The Star

gangguan seksual

Artikel Lain