suria

Pesawat ditemui di bawah permukaan air Google Maps didakwa MH370

Paparan imej dari Google Maps yang memaparkan sebuah pesawat di sekitar perairan Padang, Indonesia.

SEORANG ahli teori konspirasi mendakwa dia mungkin sudah menemui pesawat MH370 menerusi carian di Google Maps.

Menerusi carian itu, dia menemui satu imej berbentuk pesawat di bawah permukaan air di perairan Padang, Indonesia.

Lokasi itu dikatakan sekitar sejam perjalanan dari Kuala Lumpur yang mana ia merupakan lokasi pesawat itu berlepas pada Mac 2014.

Penulis yang tidak dinyatakan nama atau identiti itu dalam laporan di worldpronews.com berkata pesawat itu mungkin berada di bawah permukaan air, dan ia berkemungkinan merupakan pesawat yang selama ini dicari-cari.

Bagaimanapun, dia juga tidak menolak kemungkinan jika paparan imej dalam carian itu merupakan pesawat lain yang melakukan pendaratan di atas air.

Pesawat yang hilang pada 2014 itu masih tidak dijumpai sehingga hari ini.

"Sekadar berkongsi maklumat, manalah tahu jika ia merupakan MH370 yang dicari-cari.

"Sesetengah orang mungkin berpendapat ia adalah pesawat lain yang mendarat di atas air, ada juga yang cakap ini tipu semata-mata.

"Jika anda melakukan pengiraan saiznya menggunakan Google, ia sekitar 12 hingga 15 meter panjang di atas air.

"Saya tak pasti formula mengukur saiz jika ia berada pada kedalaman 15 hingga 20 meter di dalam air, seseorang mungkin tahu," ujar individu tersebut.

Malah, terdapat beberapa pelayar laman tersebut yang turut bersetuju bahawa imej berkenaan merupakan pesawat milik Malaysia Airline yang hilang pada 2014.

"Saya rasa ini bukan posting palsu, saya baru periksa dan ia ada di sana. Ia tidak berada di daratan, jika anda tengok betul-betul, ia kelihatan terbalik," ujar seorang individu.

Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan trafik setelah 40 minit berlepas dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Beijing.

Penerbangan itu membawa 239 penumpang termasuk anak kapal.

Pada Julai lalu, penyiasat mendedahkan lebih 60 teori berkaitan insiden itu menerusi laporan mereka.

Menurut ketua penyiasat, Kok Soo Choon, pesawat itu membuat pusingan balik sebelum mengubah haluannya.

Malah, alatan komunikasi di pesawat itu turut dimatikan.

"Kita tak boleh sahkan jika ia dipandu pihak lain selain juruterbang, tapi kita juga tak menolak kemungkinan ia diambil alih oleh orang lain," katanya.

Sehingga kini, insiden melibatkan MH370 kekal misteri dan menjadi tanda-tanya semua pihak. - MirrorUK

MH370, Google Maps

Artikel Sebelum

Artikel Lain