suria

Tidak wajar segera jual Equanimity, kata Jho Low

Jho Low.

PETALING JAYA: Ahli perniagan yang diburu, Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low, menyifatkan prosiding perundangan Malaysia begitu cepat menjual kapal layar Equanimity, sebagai "tidak wajar".

Seorang jurucakap bagi Low menerusi peguamnya dalam satu kenyataan berkata, isu berkaitan dengan pemilikan aset boleh dikendalikan menerusi prosiding di Amerika Syarikat (as) yang telah berjalan selama lebih setahun.

"Ini tidak lebih daripada pendengaran 'yang tidak wajar' sebagai sebahagian daripada proses undang-undang yang tidak adil dan sewenang-wenang tertakluk kepada keinginan rejim yang tidak berasas mengenai aset yang masih belum diputuskan," kata kenyataan itu pada Jumaat.

Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur dijadualkan untuk mendengar satu tuntutan pada Jumaat oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang bertujuan untuk mempercepat penjualan kapal itu.

Kenyataan itu mendakwa Kerajaan AS sebelum ini sedia untuk menampung kos penyelenggaraan Equanimity sementara menunggu prosiding di AS.

"Sebaliknya, secara terbuka, Mahathir (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) tidak perlu meletakkan beban kewangan ini kepada kerajaan Malaysia dan, dengan cara yang menyalahi undang-undang di mana beliau mengambil aset itu, tidak mungkin terdapat tawaran yang hampir menyamai dengan nilai pasaran saksama," menurut kenyataan tersebut.

Terdahulu, pemilik kapal layar mewah itu, Equanimity (Cayman) Ltd berkata, ia tidak menerima notis menunggu pendengaran mahkamah berhubung perkara tersebut.

Jho Low, Equanimity

Artikel Lain