suria

Tuduhan jenayah difailkan terhadap Jho Low, bapanya, lapor media

Jho Low.

PETALING JAYA: Polis telah memfailkan pertuduhan jenayah terhadap Low Taek Jho, yang dikenali sebagai Jho Low, dan bapanya berhubung wang yang didakwa dicuri dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB), lapor The Edge pada Jumaat, memetik sumber.

Tuduhan penggubahan wang haram itu dibuat terhadap Low dan bapanya, Tan Sri Low Hock Peng secara in absentia (tanpa kehadiran pihak tertuduh atau wakil/ peguamnya).

Menurut penerbitan itu bagi edisi dalam taliannya, ia dilakukan oleh polis di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Peguam Negara.

Kertas pertuduhan didaftarkan di Mahkamah Sesyen di Putrajaya, pagi Jumaat dan waran tangkap bagi kedua-dua individu tersebut turut dikeluarkan.

"Dengan pendaftaran pertuduhan itu, langkah seterusnya adalah melakukan ekstradisi," kata sumber perundangan kepada The Edge, yang mana Jho Low dan keluarganya dipercayai berada di China atau Abu Dhabi.

Jho Low telah menafikan tuduhan beliau mencuri wang dari 1MDB, dan mendakwa hasil kekayaannya adalah warisan keluarganya.

Jho Low, Low Hock Peng

Artikel Lain