suria

Malaysia halang rakyat asing beli kediaman di Forest City

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan membenarkan orang asing membeli unit kediaman yang dibina di projek Forest City $100 bilion di Johor, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin.

"Satu perkara yang pasti, bandar yang akan dibina tidak boleh dijual kepada orang asing. Kami tidak akan memberikan visa untuk orang datang dan tinggal di sini.

"Kami menolak kerana ia dibina untuk orang asing, tidak dibina untuk rakyat Malaysia. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak dapat membeli rumah pangsa itu," jelas Mahathir dalam satu sidang media pada Isnin.

Pemaju Country Garden Holdings Co akan menilai kembali perancangan pembinaan kediaman untuk 700,000 orang selepas Mahathir memerintah kerajaan baharu. - Reuters

Forest City

Artikel Lain