suria

TKP bergelar Datuk antara tujuh direman

PUTRAJAYA: Tujuh kakitangan kerajaan termasuk seorang pegawai berpangkat tinggi dari Jabatan Perdana Menteri direman bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Kesemua mereka dari bahagian penyelidikan Jabatan Perdana Menteri.

Salah seorang daripada mereka yang ditahan adalah Timbalan Ketua Pengarah bergelar Datuk serta enam Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) menjawat Gred 44 dan 48.

Sumber berkata, suspek berusia antara 34 hingga 49 tahun itu ditahan di Kompleks B, JPM dan Ibu Pejabat SPRM masing-masing tengah hari Isnin dan malam tadi.

Menurutnya, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan ketujuh-tujuh suspek direman selama lima hari sehingga 1 September ini.

reman, PRU14

Artikel Lain