suria

Ismail Bakar KSN baharu berkuat kuasa esok

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Ismail Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) baharu menggantikan Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkuat kuasa pada Rabu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan watikah pelantikan Ismail ketika pertemuan ringkas di pejabatnya di Perdana Putra, di sini, Selasa.

Kontrak perkhidmatan Ali sebagai KSN tamat pada Selasa selepas berkhidmat selama lebih enam tahun.

Ismail ketika ditemui berkata beliau akan melaksanakan amanat Perdana Menteri dengan baik bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap kepada rakyat.

"Sudah tentunya dalam era ini kita mahu memastikan integriti dan akauntabiliti berada pada tahap terbaik dalam kalangan penjawat awam," katanya.

Ditanya menyenai prestasi sektor awam ketika ini, beliau berkata secara keseluruhannya ia sangat baik, namun kepercayaan rakyat perlu diraih semula berikutan beberapa insiden membabitkan penjawat awam sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - BERNAMA

Ismail Bakar, KSN

Artikel Lain