IPOH: Dua maut, 36 cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dua tingkat di Lebuhraya Ipoh-Lumut dekat Batu Gajah Perdana, kira-kira 35 kilometer dari sini, awal pagi Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah Mohd Jamaluddin Mat Yusop berkata kemalangan berlaku kira-kira pukul 5 pagi apabila bas yang membawa 37 penumpang terbabit melanggar pembahagi jalan.
Anggota bomba berada di lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa. - Foto Facebook
“Berdasarkan maklumat awal mangsa yang maut dipercayai pemandu bas dan seorang penumpang wanita.
“Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Batu Gajah,” katanya. - BERNAMA