suria

Rogol bayi: Warga emas dipenjara 12 tahun, dua tahun sebatan

PUTRAJAYA: Perbuatan keji seorang warga emas memasukkan jari ke dalam kemaluan bayi 11 bulan mendapat pembalasan apabila dia dipenjara 12 tahun, dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Jenayah Seksual terhadap kanak-kanak, Selasa.

Hakim Mohd Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Hashim Karim, 68, selepas warga emas itu mengaku bersalah melakukan kesalahan itu terhadap anak asuhan menantunya pada 20 Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan bekas pemandu lori itu didakwa melakukan hubungan seks dengan bayi berusia 11 bulan dengan cara memasukkan objek tumpul ke dalam vagina mangsa tanpa kebenarannya.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377 C kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Pada hari kejadian, bayi malang itu berada di dalam asuhan menantunya sebelum ditinggalkan di bawah jagaannya  sementara menantunya keluar sebentar untuk urusan memperbaharui cukai kenderaan.

Bagaimanapun pulang dari urusan, pengasuh mendapati bayi itu  sedang menangis dalam buaian selain terdapat darah berketul melekat pada seluar mangsa.

Lelaki itu juga mengaku kepada anaknya (suami pengasuh) bahawa dia menjolok jari kedalam kemaluan mangsa.-SinarHarian
rogol, bayi, warga emas

Artikel Lain