suria

Sultan Johor hadiahkan pesawat untuk program aeronautik UTHM

BATU PAHAT: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menghadiahkan sebuah pesawat “Lake Renegade LA-270” kepada Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), tanda sokongan baginda terhadap pembangunan program aeronautik di universiti itu.

Dalam titah mengumumkan perkara itu, Sultan Ibrahim menasihatkan agar pesawat jenis Amphibious buatan Amerika itu dijaga dengan baik.

“Saya juga amat berbangga kerana UTHM menawarkan program aeronautik yang mempunyai keunikannya tersendiri iaitu dengan menggabungkan aspek teknologi kejuruteraan aeronautik dengan pelesenan penerbangan profesional yang diiktiraf dalam pasaran,” titah baginda, yang juga Canselor UTHM.

Baginda bertitah pada Majlis Titah Tuanku Canselor UTHM bersempena ulang tahun ke-25 universiti itu di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM di Parit Raja, dekat sini, pada Khamis.

Sultan Ibrahim juga berkenan dan bersetuju agar landasan kapal terbang lama di Tanjung Labuh, dekat sini, supaya dibangunkan semula dan dijadikan sebagai pusat latihan penerbangan untuk pelajar UTHM.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan