suria

'Kembar' Aeril Zafrel kena tempias, jawab gambar bogel

(Kiri) Abdul Fattah yang dikatakan mempunyai wajah mirip pelakon Aeril Zafrel. (Kanan) Foto lucah yang menunjukkan seorang lelaki berbogel didakwa mirip Aeril Zafrel, tular di media sosial. Aeril bagaimanapun menafikan beliau adalah individu di dalam gambar tersebut.

PETALING JAYA: Kontroversi gambar bogel yang didakwa mirip Aeril Zafrel turut memberi kesan kepada seorang pemuda yang wajahnya iras pelakon itu.

"I (saya) kena tempias gambar bogel tu," katanya sambil menunjukkan dua gambar yang memaparkan wajahnya dan wajah Aeril di laman sosial Instagramnya pada Selasa.

'Posting' tersebut bagaimanapun telah dipadamkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Individu itu tak sunat, bukan saya” - Aeril Zafrel komen foto lucah mirip dirinya


Pemuda berkenaan, Abdul Fattah Che Busu, 23, turut menafikan dirinya adalah individu di dalam gambar bogel yang tersebar di media sosial sejak Ahad lalu.

"Bukan Aeril seorang saja, saya juga menerima banyak mesej daripada keluarga, kenalan termasuk individu-individu yang tidak dikenali bertanyakan gambar bogel yang tersebar tu.

"Mungkin kerana wajah saya iras Aeril, jadi saya turut menjadi mangsa fitnah kononnya saya adalah lelaki di dalam foto lucah tersebut," katanya kepada mStar Online.

Abdul Fattah yang merupakan kru kabin syarikat penerbangan menegaskan bahawa sebagaimana yang dijelaskan Aeril dalam penafiannya, lelaki di dalam gambar tersebut menunjukkan kemaluan yang belum berkhatan.

"Saya bersumpah itu bukan saya. Saya sebagai seorang yang beragama Islam dan sudah akil baligh, wajib bersunat dan telah bersunat. Saya nafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya," katanya.

Abdul Fattah Che Busu. Foto Instagram fattahabdul

Malah, anak kelahiran Kuantan ini berkata, dia membuat penafian bagi menjaga maruah diri dan keluarga, dan tidak mahu terus dihujani pelbagai pertanyaan berhubung gambar bogel yang tersebar.

Mengenai 'posting' yang dikatakan menerima tempias akibat kontroversi tersebut telah dipadamkan, Abdul Fattah yang juga pereka fesyen menjelaskan, ia bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah faham semua pihak terutama Aeril.

"Saya padam 'posting' semalam sebab tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Lebih baik saya membuat penafian berhubung dakwaan tersebut, susulan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Aeril. Saya mohon maaf di atas salah faham," kata anak bongsu daripada lima beradik itu.

Pada Isnin, Aeril menafikan foto lucah yang tersebar di media sosial adalah dirinya, sambil memuat naik foto yang memperlihatkan seorang lelaki dalam keadaan bogel dan menampakkan alat sulit di laman sosial Instagram miliknya, sebelum ia kemudian dipadam.

Pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap ini turut bersumpah bahawa individu dalam foto berkenaan bukan dirinya, malah berharap pihak yang berbuat fitnah itu menerima balasan Allah.

"Wawollahi Watallohi Wabillahi itu bukan saya. Biarlah Allah yang memberi balasan pada yang berterusan berniat atas fitnah ini. 

"Sunat pun tak lagi yang dalam gambar tu. Maaf terpaksa tidak blurkan yang sepatutnya sebagai bukti tak sunat," ujarnya.

Aeril Zafrel

Artikel Lain