suria

Amaran denda RM2,000, enam bulan penjara untuk pesalah ‘cop’ parkir

PETALING JAYA: Individu yang 'cop' tempat letak kereta boleh didenda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis memuat naik kenyataan di Facebook bahawa kesalahan untuk meletakkan seseorang di ruang parkir dengan tujuan menghalang kenderaaan lain diletakkan di ruang tersebut adalah melanggar undang-undang.

Kesalahan itu dianggap sebagai bentuk gangguan dan desakan menyalahi undang-undang.

"Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah mengarahkan mana-mana pemandu meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Di bawah Seksyen 119, penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan.

"Jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya," menurut posting tersebut.

PDRM turut berkata, kesalahan itu tidak hanya berlaku di negara ini, malah terjadi di beberapa negara maju lain.

Sejak akhir-akhir ini, terdapat beberapa kes seperti itu tersebar di media sosial.

Perbuatan itu sering mencetuskan perbalahan antara pihak yang terlibat. - The Star

cop parkir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain