suria

Rumah terbakar secara tiba-tiba

DUNGUN: Sebuah keluarga hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Taman Madani, Bandar Al-Muktaffi Billah Shah (AMBS) di sini, Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, rumah jenis sementara kekal tersebut terbakar secara tiba-tiba dan api marak dengan sekelip mata.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat AMBS, Jaswari Awang berkata, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja laporan kecemasan diterima.

“Pihak kami menerima panggilan pada jam 11.38 pagi dan tiba di lokasi dalam masa tiga minit kemudian.

“Seramai enam anggota bomba AMBS ditugaskan untuk operasi tersebut dan dibantu lima anggota dari Balai Bomba Paka.

“Pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran 100 kaki dan dua pancutan menggunakan air terbuka,” katanya.

Beliau berkata, operasi pema­daman tamat sepenuhnya pada jam 1.10 tengah hari dan kebaka­­ran menyebabkan kemusnahan 100 peratus.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan sewaktu kejadian penghuni tiada di rumah.

“Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya. - Sinar Harian.

kebakaran

Artikel Sebelum

Dua suspek kes culik ditembak mati

Artikel Berikut

Artikel Lain