KOTA KINABALU: Dua suspek kes culik ditembak mati di kepulauan berhampiran Kunak pada Khamis malam.
Kedua-duanya dipercayai ahli kumpulan culik untuk pampasan itu ditembak pasukan keselamatan pada kira-kira pukul 11 malam.
Susulan kejadian tembakan itu, pasukan keselamatan menemui dua senjata dipercayai milik kedua-dua suspek.
Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali mengesahkan kejadian itu dan sidang media berhubung perkara itu diadakan di balai polis Kunak pagi Jumaat.