SHAH ALAM: Solat jenazah keenam-enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi menyelamatkan mangsa lemas selamat dijalankan pagi Khamis. Solat jenazah diimamkan Penguasa Bomba Unit Agama Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Mohd Luqman Ramli. Ahli keluarga dan anggota bomba yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir ke atas jenazah tidak dapat menahan sebak. Jenazah kemudiannya diusung menaiki van untuk dihantar dan dikebumikan di kampung halaman masing-masing. Turut kelihatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar. - Sinar Harian