suria

Tiada cuti sekolah berperingkat antara negeri

Mohamaddin Ketapi.

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Mohamaddin Ketapi berkata cadangan cuti sekolah berperingkat antara negeri hanyalah pandangan peribadi timbalannya.

"Perkara ini tidak pernah dibincangkan. Ini adalah pendapat peribadinya," kata Mohamaddin.

Pada Selasa, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Muhammad Bakhtiar Wan Chik mencadangkan cuti sekolah diadakan secara berperingkat antara negeri bagi memacu sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong tempatan.

Muhammad Bakhtiar berkata pihaknya sedang merangka cadangan itu yang akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan, melibatkan jadual cuti sekolah yang biasa diberikan pada bulan Mac, Jun dan September sahaja.

"Ini (cadangan) bukan dari kementerian. Dan ini bukan dasar kerajaan atau sesuatu yang diluluskan oleh Kabinet," kata Mohamaddin.

Cadangan itu menerima pelbagai reaksi daripada banyak pihak termasuk ibu bapa dan guru yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan perkara itu.

cuti sekolah

Artikel Lain