PORT DICKSON: Calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sah memenangi PRK Port Dickson. Keputusan diumumkan di Bilik Gerakan Utama PH tepat jam 9.28 malam menyaksikan Anwar memperoleh majoriti 31,016 diikuti calon Pas, Mohd Nazari Mokhtar yang mendapat 7,456 undi. Calon Bebas, Tan Sri Isa Samad, pula berada di kedudukan ketiga dengan undian sebanyak 4,230 undi. Seterusnya, calon Bebas Stevie Chan Keng Leong dengan 337 undi. Lau Seck Yan pula mendapat 214 undi, Kan Chee Yuen (154 undi) dan Mohd Saiful Bukhari Azlan hanya mendapat 82 undi. Jumlah undi rosak 598 undi.-Sinar Harian