PETALING JAYA: Seorang pekerja Bangladesh mengalami kecederaan di kepala selepas jatuh dari ketinggian 40 meter apabila siling di lobi sebuah hotel runtuh. Menurut laporan bomba, kejadian itu berlaku di lobi Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada Ahad. Keruntuhan siling itu dikatakan berpunca daripada kerja-kerja pendawaian elektrik. Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan pada pukul 3.40 pagi dan menghantar 26 anggota bomba dari tiga jabatan tempat kejadian. Mangsa yang mengalami kecederaan di kepalanya, menerima rawatan kecemasan di tempat kejadian sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, kata polis. - The Star