suria

10 mangsa tanah runtuh masih belum dijumpai

Kesan kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Jalan berkembar di Paya Terubong. - FOTO Bernama

GEORGETOWN: Seramai 10 mangsa runtuhan tanah di tapak Projek Pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong (Jalan Bukit Kukus) masih belum ditemui.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Mokhtar berkata, tiga mangsa sudah ditemui menjadikan jumlah keseluruhan mangsa adalah 13 orang.

Menurutnya, tiga mangsa sudah ditemui iaitu dua maut dan seorang cedera parah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga maut, 12 hilang dalam kejadian tanah runtuh di P.Pinang

"Tiga sudah ditemui dan ada tiga lagi masih hilang. Ia disahkan oleh isteri dan rakan mereka. Sementara tujuh lagi, kita hanya mendapat maklumat tidak rasmi dari saksi kejadian.

"Mangsa yang meninggal dunia adalah Attrul, warga Bangladesh berusia 35 tahun dan warga Indonesia dikenali sebagai Samsul berusia 19 tahun. Kejadian berlaku kira-kira jam 1.45 petang tadi.

"Operasi pencarian mangsa akan diteruskan dengan bantuan unit anjing pengesan, K9," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian tadi.

Menurutnya, sebanyak enam kontena terlibat dalam runtuhan tersebut.

"Kontena tersebut ditolak runtuhan tanah sejauh 50 meter manakala ketiga-tiga mangsa dijumpai di bawah kontena. Jarak kejatuhan tanah dari lereng ke kontena tersebut dianggarkan lima meter.

"Kita mengalami kesukaran dalam pencarian kerana struktur tanah yang lembut berikutan cuaca hujan pada pagi tadi," katanya. - Sinar Harian

tanah runtuh

Artikel Lain