suria

Budak 12 tahun raba wanita dalam bas, kakak minta ‘settle’ tak bagi lapor

PETALING JAYA: Biarpun baru berusia 12 tahun, perlakuan keji seorang kanak-kanak lelaki mengundang kemarahan pelayar media sosial.

Menerusi satu posting yang ditularkan di laman Facebook, seorang wanita berkongsi kisahnya yang hampir dicabul dalam sebuah bas baru-baru ini.

Wanita berkenaan, Nuraishah Laziman, 26, dalam perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang ke Putrajaya sebelum tersedar sekitar 2.30 pagi akibat percubaan ‘liar’ kanak-kanak itu.

“Sewaktu sedang nyenyak tidur, saya rasa macam ada orang sentuh sekitar leher. Rupanya lelaki tu sedang masukkan tangan melalui kolar baju saya.

“Saya buka mata, nampak dia sedang berdiri dari kerusi hadapan dan membongkokkan badannya merapati saya.

“Memang terkejut dan menggigil masa tu, dia pun terus tarik tangan dan kembali duduk di kerusinya,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Dia yang mesra disapa Sha bagaimanapun hanya berdiam diri pada waktu itu dan tidak mahu menimbulkan kekecohan kerana semua penumpang lain sedang nyenyak tidur.

Malah, dia juga menyangka si pelaku merupakan seorang lelaki dewasa berdasarkan fizikalnya yang tinggi.

Sekitar sejam selepas kejadian itu, dia yang tidak dapat melelapkan mata terlihat lelaki itu seolah-olah sedang mendekati kerusi seorang penumpang lain, berkemungkinan untuk mencuri barangan peribadi miliknya.

“Saya terus suluhkan lampu telefon ke bahagian kepala dia dan tanya apa yang sedang dilakukan.

Posting Sha yang tular di media sosial.

“Wanita bersebelahannya yang sedang tidur pun saya kejutkan. Rupanya dia kakak kepada lelaki itu.

“Setelah disoal, dia mengaku lelaki itu merupakan adik kandungnya yang baru berusia 12 tahun,” ujar Sha yang terkejut apabila mengetahui usia sebenar si pelaku.

Menurut Sha lagi, wanita itu kemudian memohon maaf bagi pihak adiknya setelah dia menceritakan apa yang berlaku ketika dia sedang nyenyak tidur.

“Kakak dia pun macam nak menangis, tak sangka adik dia buat macam tu, dia minta settle dan tak nak besarkan kes ini.

“Yang saya geram, adik dia buat muka tak bersalah je. Ikut hati memang rasa marah, tapi saya kesian pada kakaknya. Bila fikir balik, menyesal tak lempang muka dia,” katanya lagi.

Wanita itu turut memaklumkan bahawa dia dan adiknya dalam perjalanan pulang ke ibu negara setelah menziarahi datuk mereka yang sedang sakit.

Sementara itu, Sha yang tidak membuat sebarang laporan mengenai kejadian itu mengakui serik untuk menggunakan perkhidmatan bas pada masa akan datang.

Tambahnya, biarpun kejadian berlaku pada Isnin lalu, perasaan trauma masih menebal dan gambaran peristiwa itu juga masih terbayang jelas di mindanya.

Perkongsian Sha di laman Facebook turut menerima reaksi orang ramai yang rata-ratanya mengaku terkejut dengan perlakuan kanak-kanak tersebut.

“Like what? Baru 12 tahun, eeee jijiknya perangai. Baju pun parents belikan lagi ada hati nak meraba orang. Patut bagi tamparan maut je, baru tahu tinggi rendah langit tu... ishh geram pulak rasa,” tulis Tyra Mohamad.

“Allahu.. ingat orang besar (dewasa), sekali budak lagi. Kesian ada, nak marah pun ada,” tulis seorang lagi pelayar Facebook.

raba

Artikel Berikut

Artikel Lain