suria

Jodoh di tangan Twitterians: “Memang nak kahwin, dapat banyak ‘retweet’ terus semangat cari tarikh”

PETALING JAYA: Seorang gadis dikecam netizen gara-gara menjadikan jumlah 'retweet' sebagai ukuran untuk mendirikan rumah tangga.

Rata-rata netizen menyindir tindakan gadis tersebut yang disifatkan sebagai kurang matang dalam soal perkahwinan.

Namun gadis tersebut yang dikenali sebagai Bazilah Mohammad ketika dihubungi mStar Online mendedahkan dia mempunyai alasan tersendiri apabila berbuat demikian.

Jelas gadis berusia 19 tahun itu, posting tersebut dibuat sebagai memberi bayangan kepada orang lain mengenai hubungan istimewanya dengan Muhammad Asyraf Zulkifli, 24, yang juga kawan baiknya.

"Kami best friend jadi tak ada siapa tahu mengenai hubungan kami kecuali keluarga saya dan beberapa adik-beradik Muhammad Asyraf yang lain.

"Tweet tu sekadar nak bagi hint sedikit dekat orang lain, tak naklah nanti mereka terkejut kenapa kami tiba-tiba kahwin.

"Elok-elok jadi best friend tiba-tiba cakap nak kahwin... kahwin pula mengejut. Perspektif orang ramai berbeza jadi kami ambil jalan alternatif dengan buat tweet tu," katanya.

Posting Bazilah yang tular di media sosial.

Bazilah yang berasal dari Machang, Kelantan menegaskan posting di Twitternya pada 15 Oktober lalu itu bukanlah satu gurauan.

Malah, dia dan Muhammad Asyraf sememangnya merancang untuk menghalalkan hubungan mereka dalam masa terdekat.

"Tweet tu bukan untuk bergurau. Kami betul-betul serius dan memang merancang nak kahwin dalam masa terdekat.

"Apa pun perancangan Allah lebih baik. Andai dia ditakdirkan untuk saya, saya terima dia seadanya.

"Restu keluarga juga kami utamakan. Doakan yang terbaik untuk kami dan semoga Allah berkati hubungan kami," katanya.

Ditanya mengenai jumlah retweet yang sudah melebih 8,000, Bazilah berkata maklum balas netizen membuatkan kedua-duanya semakin bersemangat untuk membincangkan hal perkahwinan mereka dengan lebih serius.

Hubungan Bazilah dan Muhammad Asyraf mula serius sejak beberapa bulan lalu.

"Pada awalnya saya buat tweet tu untuk suka-suka... ingatkan tak ada sambutan. Tengok-tengok dah lebih 5,000 retweet, memang tak sangka sangat.

"Memandangkan kami sudah merancang nak kahwin, tweet itu jadikan kami lebih bersemangat untuk mencari tarikh yang sesuai bagi menyatukan hubungan kami ini," katanya.

Mengenai kecaman netizen yang membidas tindakannya menggunakan retweet dalam soal perkahwinan, Bazilah berkata dia tetap percaya jodoh, ajal dan maut di tangan Allah.

"Saya ambil positif teguran netizen untuk perbaiki diri saya. Kecaman timbul apabila saya kata jodoh di tangan Twitterians sebab Twitter menggunakan sistem retweet tapi saya masih berpegang teguh pada agama.

"Walaupun saya dah buat solat istikarah, tweet tu sebagai satu back up kepada diri saya. Sebab kadang-kadang jawapan Allah bagi dalam pelbagai cara, jadi tak peliklah kalau melalui retweet itu Allah jawab persoalan saya," katanya.

Twitter, kahwin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain