BUTTERWORTH: Pelajar berusia 14 tahun dipercayai meliwat seorang remaja berusia 16 tahun telah ditahan reman sehingga Sabtu ini. Video berdurasi 35 saat, yang menunjukkan perlakuan itu di Kompleks Sukan di Mak Mandin pukul 9.44 malam Selasa (23 Okt), menjadi tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa berusia 16 tahun itu telah membuat laporan polis selepas video itu tular. "Mangsa yang tidak hadir sekolah sejak berusia 12 tahun telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk diperiksa. "Manakala remaja berusia 14 tahun itu digantung sekolah sebaik sahaja video menjadi tular," jelasnya pada Rabu. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.