suria

Tiga kali rogol remaja 13 tahun

Gambar hiasan.

KOTA BHARU: Seorang pemuda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis terhadap tiga tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, enam tahun lalu.

Dakwaan terhadap tertuduh yang berusia 23 tahun itu dibuat di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Tertuduh yang berusia 17 tahun ketika itu didakwa pada tuduhan pertama hingga ketiga merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Kuala Sat, Machang dan di Taman Jaza, Machang pada Julai 2012, September 2012 serta November 2012.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Hukuman akan dikenakan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 kerana tertuduh masih di bawah umur ketika kejadian itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Hajarul Falena Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Terdahulu, Hajarul Falena tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Tertuduh bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang rayuan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Kes ditetapkan 21 November depan untuk sebutan semula kes. - Sinar Harian

rogol

Artikel Lain