suria

Hanya 15 saat, RM1,975 untuk tamatkan nyawa banduan hukuman mati, kata menteri

Liew Vui Keong.

KUALA LUMPUR: Ia hanya mengambil masa 15 saat dan RM1,975 untuk menamatkan nyawa seorang banduan yang dikenakan hukuman mati, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

"Saya berkunjung ke sebuah penjara semalam (29 Oktober) dan ditunjukkan mengenai proses bagaimana seorang bantuan yang dikenakan hukuman gantung sampai mati.

"Mereka diletakkan di sebuah bilik di sebelah bilik gantung, malam sebelum hukuman gantung dijalankan, dan dibawa keluar hari berikutnya di mana keseluruhan proses hanya mengambil masa 15 saat," katanya ketika menggulung jawapan beliau berhubung isu-isu yang dibangkitkan semasa perbahasan mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 di Parlimen, Selasa.

Beliau berkata, ia membabitkan peruntukan Kerajaan berjumlah RM1,975 untuk menggantung banduan sampai mati, dengan tambahan RM800 untuk mengebumikannya sekiranya tidak dituntut keluarga.

Vui Keong memberitahu Dewan bahawa pada masa ini, terdapat 1,281 banduan yang sedang menunggu hukuman mati, di mana hukuman mereka ditangguhkan, penghuni di barisan kematian yang hukumannya telah digantung, berikutan moratorium hukuman mati.

Terdahulu, merujuk kepada soalan oleh Ram Karpal Singh (PH-Bukit Gelugor), Vui Keong berkata, seramai 65,222 banduan di seluruh negara.

Beliau menambah, kira-kira 36,000 banduan, atau 55 peratus daripadanya terbabit dengan kesalahan berkaitan dadah.

Berdasarkan anggaran itu, beliau berkata, ia membabitkan peruntukan Kerajaan dari RM38 hingga RM41 sehari untuk menempatkan banduan atau RM2.4 juta sehari untuk jumlah keseluruhan di penjara. - The Star

Liew Vui Keong, banduan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain