suria

Penjawat awam dapat RM500, pesara kerajaan tak dilupakan!

PETALING JAYA: Penjawat awam Gred 54 dan ke bawah dicadangkan menerima bayaran khas sebanyak RM500.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata bayaran khas RM250 juga akan diberikan kepada pesara kerajaan yang mana bayaran itu disifatkan sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Katanya, bayaran khas ini melibatkan kos RM1 bilion.

ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik! Rakyat Malaysia terus dapat Bantuan Sara Hidup

Guan Eng berkata berbanding pentadbiran dahulu yang lazimnya menyalurkan bayaran khas pada tahun depan, kerajaan Pakatan Harapan akan menyalurkan bayaran khas tersebut sebelum hujung tahun ini (2018).

ARTIKEL BERKAITAN: Intipati Bajet 2019

Tahun lalu, menerusi Bajet 2018, kerajaan Barisan Nasional (BN) mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Manakala, bantuan khas RM250 pula diberikan kepada 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa mereka.

bayaran khas, penjawat awam

Artikel Lain