suria

Gadis dakwa dirogol anggota polis di Sarekei selepas tertinggal bas

Gambar hiasan

SIBU: Seorang pembantu kedai mendakwa telah dirogol oleh sorang anggota polis berpangkat koperal di dalam sebuah tandas Balai Polis Sarikei.

Bagaimanapun, ketika kakak mangsa membuat laporan di balai yang sama, mangsa berusia 19 tahun memberitahu, rakan sekerja suspek dan seorang pemimpin komuniti di Sarikei cuba memujuknya untuk menarik balik kes itu.

Mangsa diminta agar memberi peluang kepada suspek kerana dia akan bersara dalam masa beberapa tahun lagi.

Pada sidang media hari ini (Sabtu) mangsa turut hadir bersama Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau.

Kejadian berlaku pada 30 Oktober lalu.

Menurut mangsa, dia telah sebuah menaiki bas dari Kuching ke Sibu kira-kira pukul 10 malam pada 29 Oktober untuk meraikan hari ulang tahun kakaknya di Sibu.

"Bas tiba di terminal Sarikei antara pukul 4 pagi dan 5 pagi , saya turun dari bas dan pergi ke tandas. Apabila saya keluar dari tandas, bas itu telah bergerak dan menyedari bahawa dompet dan telefon bimbit saya berada di bas," katanya.

Dia kemudian menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang kebetulan lalu di situ.

"Saya bersama pemandu lelaki itu untuk mengejar bas tersebut tetapi tidak berjaya. Saya kemudian menggunakan telefon bimbitnya untuk memberitahu kakak saya mengenai kejadian itu," katanya.

Lelaki itu kemudian memberitahu bahawa akan membawanya ke balai polis, kerana ia tidak selamat bagi mangsa berada di luar pada waktu itu.

"Ketika dia berhenti kenderaannya di pintu balai polis, dia mula mengganggu saya dan meminta saya masuk ke tandas balai polis. Saya ikut sahaja apa yang dikatakannya kerana takut," katanya.

Ketika berada dalam tandas, lelaki itu didakwa telah merogolnya.

Suspek kemudian menghantarnya kembali ke terminal bas dan memberikan RM30 untuk tambang bas dan makanan ke Sibu.

Bagaimanapun, dia kembali ke balai polis pada jam 10 pagi dengan kakaknya yang bergegas ke Sarikei untuk membuat laporan.

"Salah seorang lelaki menuduh saya berbohong, maka saya meminta semua anggota polis yang bekerja pada sebelah malam berbaris untuk saya mengenal pasti suspek," katanya.

Setelah mengenali suspek, dia kemudian memaklumkan ianya salah seorang pegawai di situ.

"Dua atau tiga anggota polis meminta kakak saya untuk menggugurkan kes itu, dengan alasan suspek akan bersara dalam masa dua hingga tiga tahun. Di dalam bilik siasatan, pegawai lain menuduh saya berbohong," katanya.

Sepuluh hari kemudian pada 8 November, mangsa mendakwa seorang pemimpin masyarakat di Sarikei memanggil kakaknya untuk "menyelesaikan" kes itu kerana keluarga suspek bersedia membayar sejumlah wang.

Takut akan keselamatannya, kakaknya membuat laporan polis di balai polis Sungai Merah di Sibu.

Sementara itu, Lau berkata kedua-dua gadis itu menemuinya untuk mendapatkan bantuan, kerana khuatir kes itu akan ditutup oleh pihak polis.

"Saya telah menghubungi Timbalan Menteri Dalam Negeri di Kuala Lumpur dan beliau memberitahu saya bahawa polis sedang menyiasat kes itu," katanya.

polis rogol, Sarekei

Artikel Lain