suria

"Mata saya kurang sihat" - Guan Eng

Lim Guan Eng.

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjelaskan mata beliau kurang sihat ketika sidang Parlimen pagi Isnin.

Mengulas mengenai gambar dimuat naik Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa di laman Twitter yang menunjukkan Lim memejamkan matanya ketika Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin membahaskan Belanjawan 2019, Lim berkata beliau masih sempat mencatit nota sambil merehatkan matanya.

“Mata saya sedikit kurang sihat seperti sesi Parlimen yang lepas, tetapi masih hadir perbahasan Parlimen untuk dengar ucapan wakil Ketua Pembangkang @Khairykj, dan sempat catit nota sambil rehatkan mata.

Posting Guan Eng menjelaskan mengenai gambarnya yang dimuatnaik Annuar di Twitter.

“Takkan Setiausaha Agung Umno @AnnuarMusahilang modal politik cari isu macam ini,” katanya yang turut memuat naik nota yang dicatitnya itu di laman Twitter pada Isnin.

Terdahulu, Annuar mendakwa Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan tertidur ketika sesi perbahasan itu berlangsung.

“Shadow Menteri Kewangan Barisan Nasional sedang membahaskan BAJET 2019 mengemukakan Initiatif Ekonomi Rakyat(IER)/@bajetalternatif.. Menteri Kewangan kerajaan tertidur...atau terus tidur?,” katanya. - BERNAMA

Lim Guan Eng

Artikel Berikut

Artikel Lain