suria

Tukang gunting rambut didakwa bunuh Zara

Zara meninggal dua pada 9 November lalu.

KAJANG: Seorang tukang gunting rambut yang didakwa mendera Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal, 11 bulan secara fizikal dan seksual dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas tuduhan membunuh bayi malang itu.

Hazmi Majid, 36, didakwa menyebabkan kematian Nur Muazara Ulfa atau Zara di Apartmen Sri Cempaka, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi antara pukul 10.30 pagi dan 1.30 petang pada 7 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah kemudian menetapkan 17 Januari depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan perubatan mangsa.

Hazmi dijangka didakwa dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 377CA kerana memasukkan objek ke dalam kemaluan dan dubur mangsa sama di Mahkamah Sesyen Kajang, Selasa minggu depan.

Media sebelum ini melaporkan, pasangan suami isteri tersebut ditahan selepas Zara meninggal dunia pada 9 November lalu.

Hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa adalah impak tumpul pada kepala yang mana tempurung kepalanya pecah dan terdapat kesan lebam pada bahagian atas kepala kiri dan kanan.

Selain itu, terdapat kesan koyakan baharu pada selaput dara selain dubur mangsa dipercayai akibat penderaan seksual.

Zara, bunuh

Artikel Lain