PETALING JAYA: Aktivis bantuan kemanusiaan Rishiwant Singh Randhawa (gambar) terbunuh dalam satu kemalangan motosikal yang berlaku di Patalia, Punjab di India pada Ahad. Rishiwant yang dikenali sebagai Flying Singh, sedang menunggang motosikal sewa ketika kejadian itu berlaku tidak jauh dari 'ashram' (rumah ibadat) yang sering dikunjunginya, menurut laman web Asia Samachar. Bekas isterinya, Malkeet Kaur, mengesahkan kejadian itu. "Kami akan ke India tidak lama lagi untuk melaksanakan urusan yang diperlukan. "Dia adalah seorang aktivis kemanusiaan sejati, insan baik yang mahu membantu orang selagi dia boleh lakukannya," katanya kepada The Star. Beliau merupakan antara 10 individu dan kumpulan yang menerima anugerah pada The Star Golden Hearts Awards 2016 oleh Kumpulan Media Star pada dua tahun lalu. Ia adalah pengiktirafan terhadap kerja-kerja kemanusiaannya. - The Star