suria

Mulanya nak letak nama Iceland, tetapi akhirnya pilih...

Adam memilih nama Alaska sebagai nama puteri keduanya.

PETALING JAYA: Setiap ibu bapa pasti mempunyai alasan tersendiri ketika memilih nama untuk cahaya mata mereka.

Jika di luar negara, pemilihan nama anak berdasarkan tempat seperti London, Paris, Brooklyn dan Jackson bukanlah suatu perkara yang asing.

Menariknya, seorang bapa dari ibu negara, Adam Zulkifli, memilih nama yang jarang didengar buat puterinya.

Pembantu arkitek itu memilih Alaska sebagai nama anak keduanya yang baru berusia enam minggu.

Pemandangan di Taman Negara Denali, Alaska di Amerika Syarikat. - Foto Free Images

"Ikutkan nak letak nama anak Iceland, tapi macam tak sesuai pula.

"Saya tertarik dengan nama Alaska dan tanya persetujuan isteri untuk letak nama itu. Ada sesetengah bayi nama Aurora, jadi saya rasa unik kalau letak nama Alaska," katanya kepada mStar Online.

Tambah bapa berusia 29 itu, dia mendapat ilham untuk meletakkan nama tersebut selepas mendengar lagu daripada kumpulan Spark Alaska dari Amerika Syarikat (AS).

Tambah menguatkan keputusannya untuk memilih nama tersebut, Adam berkata: "Kebetulan adik saya membaca novel bertajuk Looking for Alaska dan watak utama bernama Alaska Young. Saya terus jatuh cinta dengan nama itu.

Novel 'Looking for Alaska' hasil karya penulis buku terlaris AS, John Green. - Foto blog Anna Louise Nicholls

Pernah ditanya tentang maksud nama Alaska, Adam sering memberikan jawapan bahawa Alaska adalah satu tempat yang cantik dan sejuk.

Adam dan isterinya, Nur Nabilah Mohd Yusoff, 29, mahu puteri mereka itu menjadi seorang yang redup mata memandang dan menyejukkan hati orang tuanya.

Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, dia gemar memilih nama anak yang hanya menggunakan satu perkataan sahaja.

"Saya harap orang lain boleh hargai dan panggil nama mereka dengan nama penuh iaitu 'Amanda' atau 'Alaska'," katanya yang berharap mereka sekeluarga dapat berkunjung ke Alaska satu hari nanti.

Alaska Adam

Artikel Sebelum

Betul ke Agong dah kahwin?

Artikel Berikut

Artikel Lain