suria

Waris mangsa dakwa temui serpihan pesawat MH370

KUALA LUMPUR: Keluarga mangsa penerbangan MH370 mendakwa menemui beberapa serpihan pesawat malang itu dan berhasrat menyerahkannya kepada kerajaan Malaysia minggu ini.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan kru itu hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Penyiasat tempatan dan antarabangsa percaya pesawat itu tersasar dari laluan asal sebelum terhempas di Lautan Hindi.

Keseluruhannya, 27 serpihan telah ditemui di pelbagai lokasi, bagaimanapun hanya tiga yang ditemui di Madagascar disahkan milik pesawat malang itu.

Calvin Shim yang juga suami kepada kru penerbangan itu memberitahu Reuters bahawa mereka merancang untuk menyerahkan lima kepingan yang ditemui di Madagascar kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

"Pertemuan itu dijangka berlaku pada Jumaat ini," katanya.

Pada Mei, Malaysia telah menghentikan usaha mencari pesawat berkenaan menggunakan khidmat syarikat Amerika Syarikat, Ocean Infinity yang tidak mendatangkan hasil selepas tiga bulan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan pihaknya akan mempertimbangan untuk melaksanakan semula usaha mencari jika ada petunjuk baru.


MH370, Madagascar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain