suria

Hasrat suami isteri 'jalan-jalan cari durian' bertukar tragedi

MIRI: Hasrat sepasang suami isteri mahu mencari durian di sepanjang Sungai Baram bertukar tragedi apabila seorang lelaki berusia 55 tahun lemas, selepas bot yang dinaiki mereka terbalik pada pagi Isnin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, mayat Lian Ngau ditemui pada pukul 6.30 pagi dari sungai dekat penempatan Long Pilah, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Penempatan itu terletak jauh di pedalaman di utara Sarawak, dan kira-kira enam jam perjalanan melalui jalan raya dari Miri.

Pasangan itu menaiki bot dari kampung Long Pilah pada Rabu untuk mencari durian di hutan berdekatan dengan Sungai Baram.

Ketika kejadian, bot mereka melanggar kayu balak yang terapung, sebelum terbalik.

Isteri mangsa sempat berpaut pada sebatang katu balak dan kemudian berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.

Mangsa bagaimanapun dibawa arus deras.

Poh Kiong berkata, operasi mencari dan menyelamat dilakukan pada Rabu, selepas Bomba dihubungi berhubung kejadian. - The Star

durian, bomba

Artikel Lain